top of page

KURSUS KECEMERLANGAN AKADEMIK KACA'13 SESI KEDUA

Kursus kecemerlangan Akademik (KACA’13) sesi pertama (1) anjuran Unit Kaunseling Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Peers Guidance Club (PGC) Kampus Shah Alam  telah berjaya diadakan pada 28 – 30 Jun 2013 di UNISEL Kampus Shah Alam .

 

Lanjutan daripada itu, Kursus KACA’13  bagi sesi kedua (2) telah diadakan pada 13 - 15 September 2013 bertempat di Dewan Pro Canselor UNISEL Kampus Shah Alam bertujuan untuk :

 

  1. Meningkatkan pencapaian prestasi akademik pelajar, selain input-input kemahiran belajar dan pengurusan diri dan masa secara sistematik.

  2. Untuk melahirkan mahasiswa/i yang bermotivasi dari segi akademik, moral dan akhlak.

  3. Menyuntik semangat, keberanian dan keyakinan diri.

  4. Memberi peluang kepada mereka untuk meluahkan permasalahan mereka mengenalpasti potensi diri mereka dalam aspek kerjaya.

  5. Membentuk semula mahasiswa agar berusaha gigih untuk masa depan mereka.

  6. Memberikan kesedaran tentang pentingnya berubah dan bertindak sekarang demi masa depan yang cemerlang.

 

bagi KACA'13 sesi kedua ini, Seramai 3 orang penceramah telah dijemput untuk memberi ceramah antaranya ialah:

 

 1. Datin Dr.Asmah Bt Ahmad, Pensyarah Fakulti Pendidikan&sains Sosial UNISEL bagi slot teknik belajar efektif

 2. Tn. Haji Othman B Badrishah, Pensyarah Fakulti Pendidikan& Sains Sosial UNISEL bagi slot teknik memcatat kreatif dengan

     mind mapping

3.  En. Mohd Razaki Bin Abdullah, Pengarah Pejabat Hal Ehwal Akademik Universiti Selangor bagi slot pengurusan masa yang berkesan

 

Sebagaimana berjayanya KACA'13 sesi pertama yang mendapat respon positif daripada peserta, tidak kurang juga KACA'13 sesi kedua ini. Berikut adalah beberapa komen daripada peserta hasil daripada borang penilaian yang telah dilakukan selepas berakhirnya program ini :

 

" sangat membantu pelajar - pelajar menaikkan kembali semangat belajar "

 

" menaikkan semangat saya yang jatuh teruk sampai 2 paper kena repeat untuk semester ini, program ini membantu saya untuk terus berfikir positif supaya teruskan pengajian disini "

 

" teruskan lagi, terima kasih "

 

" sangat membantu kerana banyak input - input yang boleh dapat dalam kursus ini "

 

 

bottom of page