

HAL EHWAL PELAJAR
Menjadi sebuah jabatan yang menggalakkan pembangunan dan perkembangan pelajar melalui pendekatan yang inovatif dan inisiatif yang berpusatkan pelajar
Membangunkan pelajar yang berdedikasi dan kakitangan yang komited dalam bersama-sama memupuk persekitaran kampus yang saling menghormati maruah individu dan kepelbagaian serta menyediakan peluang kepada pelajar untuk merealisasikan potensi sosial, fizikal, intelektual, emosi dan spiritual





KEDIAMAN
ASRAMA MAIS
PENEMPATAN ASRAMA
Kemudahan asrama diberikan kepada pelajar sahaja dan semua arahan yang dikeluarkan mengenai penempatan mestilah dipatuhi pleh para penghuni.






AKTIVITI BERKUMPULAN
Sebarang aktiviti berkumpulan seperti kenduri, parti harijadi atau cuti berkumpulan hendaklah mendapat kebenaran bertulis daripada pihak warden asrama. Permohonan hendaklah dibuat tujuh hari (7) sebelum tarikh aktiviti dijalankan dan surat permohonan boleh didapati di pejabat warden asrama.
BIL (AIR & ELEKTRIK)
a) Pihak pengurusan hanya menanggung kos bil air dan elektrik sebanyak RM10.00 sahaja untuk seorang pelajar dan haruslah dibayar mengikut kadar purata dan bil perlu di serahkan ke pejabat warden asrama pada setiap bulan untuk tujuan pengiraan.
b) Penghuni adalah di nasihatkan supaya berjimat dalam penggunaan air dan elektrik pada setiap masa dan pastikan semua suiz elektrik dan pili air ditutup apabila tidak menggunakannya atau pun ketika bilik atau asrama tidak berpenghuni.
Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi :
Pejabat : 03 - 32816421 (Kampus BJ)
Pejabat : 03-55241562 (Kampus SA)