

HAL EHWAL PELAJAR
Menjadi sebuah jabatan yang menggalakkan pembangunan dan perkembangan pelajar melalui pendekatan yang inovatif dan inisiatif yang berpusatkan pelajar
Membangunkan pelajar yang berdedikasi dan kakitangan yang komited dalam bersama-sama memupuk persekitaran kampus yang saling menghormati maruah individu dan kepelbagaian serta menyediakan peluang kepada pelajar untuk merealisasikan potensi sosial, fizikal, intelektual, emosi dan spiritual





KEM KEPIMPINAN DAN TEAM BUILDING
Kem Kepimpinan dan Team Building bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan Persatuan serta Kelab diadakan pada 21-23 Jun 2013 bertempat di Excell Training & Country Resort Lenggeng. Kem ini bertujuan untuk :
-
Memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan berpesatuan dan juga terhadap kemahiran asas dalam menguruskan sesuatu organisasi seperti pengurusan, perlembagaan, kewangan dan lain-lain dalam aktiviti pelajar
-
Melatih pelajar agar sentiasa peka dan serius dengan usaha-usaha ke arah melahirkan individu yang seimbang dan bersepadu dalam pelbagai aspek dari sudut intelektual, spiritual, emosi dan fizikal.
-
Mewujudkan satu agenda kepada pemimpin persatuan untuk berinteraksi tanpa mengira persatuan atau program. Mereka akan dididik untuk bersatu dan bekerjasama memikul amanat kepimpinan kampus khususnya mencapai misi dan visi Universiti.




