

HAL EHWAL PELAJAR
Menjadi sebuah jabatan yang menggalakkan pembangunan dan perkembangan pelajar melalui pendekatan yang inovatif dan inisiatif yang berpusatkan pelajar
Membangunkan pelajar yang berdedikasi dan kakitangan yang komited dalam bersama-sama memupuk persekitaran kampus yang saling menghormati maruah individu dan kepelbagaian serta menyediakan peluang kepada pelajar untuk merealisasikan potensi sosial, fizikal, intelektual, emosi dan spiritual






KESIHATAN & INSURANS
2. Skim Pelan Hospital *pelajar disarankan untuk menyertai skim insurans ini
-
Skim Pelan Hospital (ETIQA-TAKAFUL Bhd) adalah skim tambahan kepada pelajar yang membolehkan pelajar mendapat rawatan di Panel Hospital swasta yang telah dilantik.
-
Bayaran untuk Skim ini adalah RM75.00 bagi setiap tahun merangkumi cashless card dan perlindungan insurans bagi tempoh setahun
-
Pelajar yang berminat boleh mengisi borang dan membuat bayaran di Pejabat Kewangan seterusnya menghantar borang beserta resit bayaran kepada Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP)
1. Skim kesihatan Pelajar (SKPU)
SKPU adalah gabungan daripada 2 skim iaitu:
-
Skim Kemalangan Diri Berkelompok Etiqa Takaful
-
Skim Perubatan Pelajar UNISEL (SPPU)
Untuk semua pelajar Program Sepenuh Masa dan Separuh Masa. Skim ini adalah pengganti kepada Program Perubatan Pelajar-International Medicare Group Sdn. Bhd (IMG Care) bermula pada sesi November 2004.
Skim Kemalangan Diri Berkelompok :
Skim Kemalangan Diri Berkelompok Etiqa Takaful adalah skim yang memberikan perlindungan insurans akibat kemalangan yang meliputi
-
Kematian
-
Keilatan/Kecacatan kekal
-
Keilatan Sementara Separa (Manfaat Mingguan)
-
Perbelanjaan Perubatan
-
Perbelanjaan Pengebumian
Manfaat :
-
Kematian Akibat Kemalangan = RM25,000.00
-
Keilatan Kekal = RM25,000.00
-
Manfaat Perubatan = RM750.00
-
Perbelanjaan Pengebumian = RM500.00
-
Bagi pelajar yang ingin membuat tuntutan kemalangan atau bayaran bil sila penuhkan borang tuntutan kemalangan diri dan hilang upaya dan hantar kepada Pejabat Hal Ehwal Pelajar UNISEL Kampus Shah Alam beserta semua dokumen asal daripada pihak hospital
Skim Perubatan Pelajar UNISEL (SPPU)
Skim Perubatan Pelajar UNISEL (SPPU) adalah skim yang memberikan kemudahan rawatan pesakit luar menerusi klinik panel yang dilantik oleh Universiti.
Syarat - syarat Skim Perubatan Pelajar UNISEL (SPPU)
-
Pelajar yang ingin mendapatkan rawatan perlu mengemukakan Kad Rawatan
Pelajar berserta Kad Matrik Pelajar.
-
Pelajar perlu membayar RM3.00 untuk setiap kali rawatan dan maksimum bil
ialah RM35.00 (selebihnya pelajar perlu jelaskan).
-
Skim ini tidak merangkumi cuti semester.
-
Skim ini hanya untuk pelajar yang berstatus AKTIF sahaja
Pengecualian Rawatan
-
Sakit Puan
-
Mengandung
-
Buasir
-
Penyakit kronik jangka panjang :
-
Asma
-
Sawan
-
Darah tinggi
-
Kencing manis
-
-
Ujian darah
-
Pengimejan diagnostik
Manfaat Skim Pelan Hospital
-
perkhidmatan rawatan pesakit yang diwadkan di mana - mana panel Hospital yang dilantik
-
merangkumi perlindungan insurans untuk rawatan 35 jenis penyakit (rujuk borang Skim) dan kemalangan
-
Perlindungan 24 jam
-
Rawatan kecemasan pesakit luar untuk kemalangan dalam 24 jam
Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi :
Pejabat : 03 - 3289281 / 03 - 32805039 ( Kampus BJ)
Pejabat : 03 - 55223464 / 03 - 55223462 ( Kampus SA)