

HAL EHWAL PELAJAR
Menjadi sebuah jabatan yang menggalakkan pembangunan dan perkembangan pelajar melalui pendekatan yang inovatif dan inisiatif yang berpusatkan pelajar
Membangunkan pelajar yang berdedikasi dan kakitangan yang komited dalam bersama-sama memupuk persekitaran kampus yang saling menghormati maruah individu dan kepelbagaian serta menyediakan peluang kepada pelajar untuk merealisasikan potensi sosial, fizikal, intelektual, emosi dan spiritual





KURSUS KECEMERLANGAN AKADEMIK KACA'13
Kursus KACA'13 sesi pertama telah diadakan pada 28-30 Jun 2013 bertempat di Dewan Pro Canselor UNISEL kampus Shah Alam adalah bertujuan untuk:
-
Meningkatkan pencapaian prestasi akademik pelajar, selain input-input kemahiran belajar dan pengurusan diri dan masa secara sistematik.
-
Untuk melahirkan mahasiswa/i yang bermotivasi dari segi akademik, moral dan akhlak.
-
Menyuntik semangat, keberanian dan keyakinan diri.
-
Memberi peluang kepada mereka untuk meluahkan permasalahan mereka mengenalpasti potensi diri mereka dalam aspek kerjaya.
-
Membentuk semula mahasiswa agar berusaha gigih untuk masa depan mereka.
-
Memberikan kesedaran tentang pentingnya berubah dan bertindak sekarang demi masa depan yang cemerlang.
Seramai 3 orang penceramah telah dijemput untuk memberi ceramah antaranya ialah:
1. Datin Dr.Asmah Bt Ahmad, Pensyarah Fakulti Pendidikan&sains Sosial UNISEL bagi slot teknik belajar efektif
2. Tn. Haji Othman B Badrishah, Pensyarah Fakulti Pendidikan& Sains Sosial UNISEL bagi slot teknik memcatat kreatif dengan
mind mapping
3. Dr. Haji Abd Hakim B. Haji Abd Ghani,Pengurus Besar Pejabat Pentadbiran & Sumber Manusia UNISEL bagi slot pengurusan masa yang berkesan
Kursus yang mendapat kerjasama daripada Persatuan Peers Guidance Club telah berjaya menarik minat pelajar-pelajar yang terbabit
dalam membentuk kemahiran yang ada pada diri masing-masing. Berikut adalah beberapa komen pelajar yang terlibat mengenai Kursus KACA ini
"ianya sangat menbantu kerana dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan yang kurang dalam diri dan dapat menambah baikkan diri dalam pelajaran"
"bagi saya ia sangat membantu bagi menyedarkan kembali malah dapat menambah ilmu yang kita sendiri tidak tahu contohnya semua orang tahu cara belajar tetapi tidak tahu menyusun cara belajar dengan betul walaupun benda yang sama dan pentingnya penggunaan mind mapping walaupun saya selalu guna tetapi cara yang salah"
"program ini mengajar banyak benda yang saya tak pernah terfikir selama ini. banyak tips dan kata-kata yang memberi semangat kepada saya untuk berusaha mendapat keputusan yang lebih baik untuk semester yang akan datang"
"program ini membantu kerana selama program ini berlangsung,saya mendapat bermacam-macam cara pembelajaran yang efektif dan dapat mengeratkan silaturrahim"











