

HAL EHWAL PELAJAR
Menjadi sebuah jabatan yang menggalakkan pembangunan dan perkembangan pelajar melalui pendekatan yang inovatif dan inisiatif yang berpusatkan pelajar
Membangunkan pelajar yang berdedikasi dan kakitangan yang komited dalam bersama-sama memupuk persekitaran kampus yang saling menghormati maruah individu dan kepelbagaian serta menyediakan peluang kepada pelajar untuk merealisasikan potensi sosial, fizikal, intelektual, emosi dan spiritual





KEM INTERNATIONAL STUDENT "TO KNOW IS TO LOVE"
kem International Students " To Know Is To Love " anjuran Unit Pelajar Antarabangsa Hal Ehwal Pelajar (HEP) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL kampus Shah Alam telah berlangsung pada 6 - 8 September 2013 di Excel Training & Country Resort, Ulu Beranag.
Kem yang telah melibatkan pelajar yang datang dari pelbagai negara antaranya ialah Dubai ( United Arab Emirates U.A.E), Sudan, Azerbaijan,Turki, Bangladesh, Iran, Somalia, Somalilan, Indonesia, Saudi Arabia, Euthopia dan beberapa orang pelajar dari Malaysia
Kem ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar antarabangsa mengenai budaya adat Melayu melalui pengalaman dan tugasan yang diberikan seperti permainan Tradisional Congkak, Adat Perkahwinan Melayu, Pantun, Syair, Adat dan Geografi Malaysia, Kompang, Memasak masakan melayu, dan rumah Resam Melayu.
kem ini juga dapat membantu para pelajar antarabangsa untuk mengeratkan silaturahim antara pelajar lain yang datang dari pelbagai Neraga termasuk Malaysia serta dapat mewujudkan "team building" sesama mereka.
antara komen daripada Pelajar International :
" im feeling confortable because the program was very good and i like it"
" definitely yes! looking forward to meet at another camp, Thank you UNSEL!"
" it helps the international students to feel more comfortable in UNISEL, as far as they are not with family connection-frendship-love"
Berikut adalah beberapa gambar semasa Kem ini :

Proses melukis dan mewarna bendera Negeri - Negeri Malaysia

Proses melukis dan mewarna bendera Negeri - Negeri Malaysia

Bunga manggar

Ucapan Prof Madya Haji Zainal Abidin Bin Kidam

pasukan Kompang menyanyikan Lagu Pengantin Baru di majlis perkahwinan pada Majlis penutup


Paluan Kompang dari Pelajar Antarabangsa

Persembahan Silat dari Pelajar Antarabangsa

Pelbagai Juadah Tradisional disediakan


Ucapan Perasmian Penutup daripada Prof Madya Haji Zainal Abidin Bin Kidam.
