top of page

AMARAN PENIPUAN LAMAN WEB sedekahonline.org

MAKLUMAT PENIPUAN LAMAN WEB sedekahonline.org : BANTUAN DANA PENDIDIKAN 2013

 

Pihak UNISEL ingin membuat hebahan tentang PENIPUAN laman web yang mendakwa memberikan dana pendidikan 2013 iaitu :

 

http://sedekahonline.org/guest/img/BORANG_PERMOHONAN_IPT.pdf

 

oleh itu pihak UNISEL ingin menyeru kepada semua pelajar dan ibu bapa agar tidak terpengaruh dengan iklan tersebut. Dimaklumkan juga bahawa bantuan tersebut BUKAN satu program tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia. 

 

AMARAN 

" Adalah dimaklumkan bahawa Bantuan Dana Pendidikan 2013 BUKAN merupakan satu program tajaan KPM dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan KPM. Penggunaan logo KPM bagi tujuan mempromosi Dana ini TIDAK pernah diluluskan oleh KPM, malah logo yang digunakan dalam laman web tersebut adalah logo lama Kementrian Pelajaran Malaysia dan Kementrian Pengajian Tinggi. Dana ini yang dikendalikan di laman web http://www.sedekahonline.org boleh mengelirukan pelajar dan ibubapa khususnya dan orang awam amnya. Satu laporan polis juga telah dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, KPM di Balai Polis Putrajaya pada 28 Ogos 2013. Pelajar, ibubapa dan orang ramai hendaklah mengambil sikap berhati - hati dalam sebarang urusan berhubung Dana ini dan tidak terpengaruh dengan apa yang diiklankan. KPM tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kesulitan atau kerugian yang mungkin dihadapi atau ditanggung oleh pelajar, ibubapa atau orang ramai yang menyertai Dana ini "

bottom of page