

HAL EHWAL PELAJAR
Menjadi sebuah jabatan yang menggalakkan pembangunan dan perkembangan pelajar melalui pendekatan yang inovatif dan inisiatif yang berpusatkan pelajar
Membangunkan pelajar yang berdedikasi dan kakitangan yang komited dalam bersama-sama memupuk persekitaran kampus yang saling menghormati maruah individu dan kepelbagaian serta menyediakan peluang kepada pelajar untuk merealisasikan potensi sosial, fizikal, intelektual, emosi dan spiritual





PERHATIAN! JEREBU BAHAYAKAN KESIHATAN.
Semua pelajar mahupun staf di UNISEL adalah dinasihatkan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas akibat jerebu. Bacaan indeks IPU daripada Jabatan Alam Sekitar Malaysia memaklumkan indeks IPU telah meningkat kepada 165 setakat jam 7 pagi tadi (Jumaat, 14 mac 2014).
Antara kesan yang dialami pesakit ialah gatal-gatal di kerongkong, batuk, sukar bernafas, mata pedih serta berair, kerap bersin, kulit badan gatal-gatal dan terasa sakit di dada.


