

HAL EHWAL PELAJAR
Menjadi sebuah jabatan yang menggalakkan pembangunan dan perkembangan pelajar melalui pendekatan yang inovatif dan inisiatif yang berpusatkan pelajar
Membangunkan pelajar yang berdedikasi dan kakitangan yang komited dalam bersama-sama memupuk persekitaran kampus yang saling menghormati maruah individu dan kepelbagaian serta menyediakan peluang kepada pelajar untuk merealisasikan potensi sosial, fizikal, intelektual, emosi dan spiritual





PEMILIHAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) SESI 2014/2015


Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2013/2014 telah dibubarkan bermula 15.1.2014 (Rabu)
Oleh itu, pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP UNISEL) yang baru bagi sesi 2014/2015 telah pun dibuka, kami di pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) berharap semua pelajar untuk memeriahkan dan meramaikan lagi penyertaan sebelum tiba hari Penamaan Calon iaitu pada 29 Januari 2014.
Peraturan Am Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Contoh Borang Permohonan dan Carta Alir untuk sepanjang proses pemilihan sehingga hari terpilihnya menjadi Majlis Perwakilan Pelajar telah pun ditampal di seluruh kawasan UNISEL dan untuk keterangan lanjut boleh menghadirkan diri ke pejabat HEP.
Sila maklumkan kepada rakan anda untuk turut serta dalam pemilihan untuk menjadi Ahli dalam Majlis Perwakilan Pelajar, untuk menjaga kebajikan pelajar UNISEL, dan menuju ke arah demokrasi pelajar.
MOHONLAH SEKARANG!!
"KE ARAH DEMOKRASI PELAJAR"
"SUPPORT STUDENT SUCCESS"
"FROM STUDENT, TO STUDENT, BY STUDENT"