

HAL EHWAL PELAJAR
Menjadi sebuah jabatan yang menggalakkan pembangunan dan perkembangan pelajar melalui pendekatan yang inovatif dan inisiatif yang berpusatkan pelajar
Membangunkan pelajar yang berdedikasi dan kakitangan yang komited dalam bersama-sama memupuk persekitaran kampus yang saling menghormati maruah individu dan kepelbagaian serta menyediakan peluang kepada pelajar untuk merealisasikan potensi sosial, fizikal, intelektual, emosi dan spiritual





MInggu TEKAD SISWA SESI OKTOBER 2013
Akhirnya Minggu Tekad Siswa (MTS) telah berlangsung dengan jayanya pada 19 - 21 Oktober 2013 di UNISEL Kampus Shah Alam. Tujuan MTS ini diadakan untuk mempersiapkan pelajar baru kepada dunia baru sebagai Mahasiswa/i di Universiti. Seramai 31 orang fasilitator yang berketrampilan telah dilantik oleh Hal Ehwal pelajar (HEP) UNISEL Kampus Shah Alam bagi menjayakan MTS ini dan telah berkampung di UNISEL selama 5 hari untuk persediaan dan menjayakan MTS.
Pelbagai aktiviti dipenuhi sepanjang minggu orentasi ini berlangsung antaranya ialah majlis bacaan ikrar pelajar baru dan pelbagai taklimat penting seperti Kewangan, Akademik, Kaunseling, Pentadbiran dan Disiplin, Kebajikan, Kokurikulum, Kebudayaan, Kediaman, Fakulti dan Kediaman. Tambahan lagi, pelbagai aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK) telah di kendalikan oleh fasilitator yang telah memberi impak positif terhadap diri dan personaliti pelajar baru.
Disamping itu, buat julung - julung kalinya malam penutup yang telah dilangsungkan pada malam terakhir berbeza daripada malam penutup MTS sebelum ini. apa yang menariknya pada malam tersebut ialah buat kali pertama malam penutup MTS telah menerima kunjungan dari Lembaga Pendidikan dan Pengembangan Profesi Indonesia (LP3I) dan telah dihidangkan dengan beberapa persembahan kebudayaan daripada pelajar LP3I.
Berikut adalah beberapa keping gambar yang menarik sepanjang MTS dijalankan.




penyampaian cenderahati sebangai tanda penghargaan kepada deligasi LP3I

wakil daripada wakil deligasi LP3I Saudara Gusti Rahmat






