top of page

FINISHING SCHOOL PROGRAM 2013- PERSEDIAAN KE TEMPAT KERJA

Bertempat di dewan Canselor UNISEL Kampus Bestari jaya pada 16 November 2013 telah berlangsung program Finishing School –persediaan ke tempat kerja yang julung – julung kali diadakan.

Program yang dianjurkan oleh Unit Kaunseling, Hal Ehwal Pelajar dan telah dirasmikan oleh Ketua kaunselor Unisel, Tn Hj Rosli bin Hj Hasan.

 

Program yang diadakan bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 5.30 petang ini berjaya menarik ramai pelajar yang hampir 200 orang pelajar yang terdiri daripada semua fakulti bagi kedua – dua kampus terutama pelajar dari Bestari jaya.


Usaha gigih oleh kaunselor Bestari Jaya iaitu Cik Siti Masnita selaku penyelaras program serta kerjasama Puan Nurul Khaizan, kaunselor Kampus Shah Alam adalah dengan tujuan untuk menyediakan persediaan ke tempat kerja merupakan satu usaha  membantu para pelajar tahun akhir menyiapkan diri untuk ke lapangan pekerjaan disamping menjamin kualiti graduan Universiti Selangor.

 

Program ini juga merupakan langkah yang diambil berikutan banyak lepasan universiti yang sukar mendapatkan pekerjaan dan gagal dalam temuduga.


Bertepatan dengan objektif program iaitu memberi pendedahan berkenaan kemahiran menghadapi temuduga, kemahiran kendiri,kemahiran menghadapi pekerjaan dan mendapatkan pekerjaan serta meningkatkan keyakinan diri maka pengisian program adalah seperti bengkel grooming daripada Puan Yasmin Siddik, Pengarah Positive Consortium, Diskusi bersama Alumni Unisel, Diskusi “Menuju Impian” oleh Dr. Hj. Abdul hakim Bin Hj. Abdul Ghani,Pengurus Besar Pejabat Pentadbiran & Sumber Manusia serta penampilan khas penceramah luar Puan Tengku Noor Anisah untuk membincangkan cara penulisan resume yang baik.


Rata – rata pelajar yang datang memberikan respon yang baik dimana mereka amat memerlukan program seperti ini pada masa hadapan.
 

bottom of page