top of page

KURSUS INDUKSI A WINNING TEAM  FASILITATOR MINGGU TEKAD SISWA (FMTS) BAGI SESI OGOS 2013

Program  A Winning Team ini anjuran Hal Ehwal Pelajar UNISEL Kampus Shah Alam adalah bertujuan untuk menguji dan memberi latihan serta pendedahan kepada 45 orang pelajar yang berpotensi sebagai pemimpin pelapis di Universiti yang telah terpilih sebagai Fasilitator Minggu Tekad Siswa (MTS) bagi sesi Ogos  2013 (4/13/34 ).

Bidang-bidang yang diberi penekanan khusus dalam program tersebut adalah :

 

  1. Kepimpinan

  2. Semangat berpasukan

  3. Pengendalian projek

  4. Penerapan nilai-nilai murni

 

Kursus yang berlangsung selama 3 hari yang bermula pada 18 - 20 Ogos 2013 ini merupakan salah satu langkah pihak kami bagi menghasilkan pelajar  yang dilantik sebagai pemimpin pelajar dan Fasilitator agar mampu berdikari serta mampu memberikan corak kepimpinan yang boleh diteladani oleh rakan pelajar yang lain.

 

Hal ini selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang ingin melahirkan modal insan yang seimbang dari segi emosi, intelektual, rohani, jasmani  dan sosial. Kem Kepimpinan ini mampu meningkatkan penampilan diri melalui corak kepimpinan yang berwibawa dan berkualiti di kalangan pelajar yang menjadi wakil kepada pelajar keseluruhannya.

 

Fasilitator minggu tekad siswa adalah satu aset yang bernilai, bukan sahaja kepada Universiti, malah kepada agama, bangsa dan Negara. Sekiranya aset ini dilatih dan diasuh dengan pelbagai kemahiran nescaya ia akan mendatangkan banyak faedah kepada semua pihak.

 

bottom of page