

HAL EHWAL PELAJAR
Menjadi sebuah jabatan yang menggalakkan pembangunan dan perkembangan pelajar melalui pendekatan yang inovatif dan inisiatif yang berpusatkan pelajar
Membangunkan pelajar yang berdedikasi dan kakitangan yang komited dalam bersama-sama memupuk persekitaran kampus yang saling menghormati maruah individu dan kepelbagaian serta menyediakan peluang kepada pelajar untuk merealisasikan potensi sosial, fizikal, intelektual, emosi dan spiritual





BERSAMA KAUNSELOR

Sebagai seorang kaunselor di Unisel Kampus Shah Alam, saya bertugas sejak 2011 sehingga kini, saya tidak terlepas daripada tanggungjawab membantu para pelajar untuk menyelesaikan isu – isu mereka. Saya lebih gemar menggunakan perkataan “isu” dibandingkan dengan “masalah” kerana bukan semua yang datang berjumpa saya atau mengadakan sesi kaunseling mempunyai masalah. Tetapi ada juga yang ingin mengadakan sesi kaunseling untuk berkongsi, bertanyakan pendapat, bertukar – tukar idea dan ingin mengambil ujian psikologi yang disediakan.
Dalam ilmu kaunseling, banyak mengajar saya erti kehidupan, menyelami perasaan dan pengalaman, cerita dan perkongsian daripada klien atau individu yang berjumpa dengan kaunselor. Pengalaman ini telah mengajar saya cara terbaik untuk menangani masalah yang berat, mengajar erti membuat pilihandan keputusan yang baik dan tepat. Selain itu, mengajar saya menghilangkan segala tekanan, dan mengajar erti segala galanya. Sememangnya itulah hakikat yang harus dihadapi oleh mahkluk ciptaan Tuhan yang bernama “manusia”.
Pertama sekali saya mahu menerangkan mengenai apakah definisi kaunseling, tujuan dan matlamat kaunseling serta peranan sebagai kaunselor
Definisi Kaunseling;
Kaunseling bertujuan membantu seseorang belajar membuat pilihan, melaksanakan pilihan yang telah dibuat, temubual yang bersiri untuk menyelesaikan masalah. Proses dimana dua orang bertemu untuk meneroka masalah dan mengenalpasti penyelesaian serta kaedah mengenalpasti penyelesaian yang praktikal berkaitan masalah dalam kehidupan harian atau pekerjaan.
Burks dan Steffire (1979) :
Perhubungan profesional antara seorang kaunselor terlatih dan klien bersifat “person-to-person”. Kadang-kadang melibatkan dua orang bagi menyelesaikan masalah emosional dan interpersonal
Zainal Abidin (2002) :
Kaunseling adalah perbincangan antara seorang kaunselor terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan memerlukan bantuan memikirkan alternatif untuk mengatasi kecelaruan dan laksanakan alternatif yang dipilih
Tujuan dan Matlamat Kaunseling
-
Memudahkan perubahan tingkah laku
-
Meningkatkan keupayaan klien memula dan meneruskan perhubungan
-
Membantu keberkesanan klien menguruskan diri (coping)
-
Menggalakkan proses membuat keputusan
-
Membantu perkembangan dan pencapaian potensi klien
Tujuan:
Memberi Maklumat
-
Masalah klien selalunya berkaitan dengan kekurangan maklumat
-
Mendapatkan gambaran (kefahaman) yang jelas berhubung dengan masalah daripada kaunselor
-
Secara tidak langsung ini boleh menambah kemahiran klien dalam mengendalikan hidupnya
Menggalakkan Celik Akal
-
Membantu klien memahami lebih lanjut mengenai diri (menyelami diri dan persekitaran)
-
Membantu klien mengetahui dirinya adalah kunci kepada masalah yang dihadapinya
-
Di samping itu, ia juga dapat membantu untuk mengembangkan bakat klien
-
Kaunselor membantu klien mengenal pasti kebolehan dan bakat supaya klien dapat mengambil tindakan yang sewajarnya
Memberi Sokongan
-
Klien memerlukan sokongan emosi yang tidak berbelah bagi, kemesraan dan pameran perasaan yang diharapkan dapat mengurangkan bebanan masalah.
-
Penyelesaian Konflik
-
Mengurangkan ketegangan dan permusuhan antara dua individu (pihak)
Membantu mereka menerima perbezaan dan mencari jalan untuk mencapai penyelesaian yang menguntungkan
-
Memperbaiki hubungan klien dengan masyarakat
-
Ramai orang menghadapi masalah dalam perhubungan dengan individu-individu lain
-
Masalah ini biasanya berkaitan dengan konsep kendiri sama ada konsep kendiri yang rendah atau sebaliknya.
Peranan Kaunselor
-
Memandu individu/kelompok dalam interaksi dan perkembangannya
-
Menggalakkan pertumbuhan interaksi, pilihan, mengenal diri individu dan perpaduan di dalam kelompok
-
Mengimbang kadar penglibatan dan interaksi ahli menurut keperluan diri dan kelompok,Dari segi:Akademik, kerjaya, psikososial, kesejahteraan mental dan keibubapaan
Kebanyakan pelajar atau boleh digelar remaja pada peringkat universiti ini, terdapat isu – isu yang sering dihadapi oleh mereka. Dan klasifikasi kes yang sering saya temui ialah seperti :
-
Isu Pembelajaran
-
Isu Peribadi
-
Isu keluarga
-
Isu kewangan
-
Isu disiplin
-
Isu lain – lain
Rating yang paling tinggi ialah isu peribadi yang melibatkan isu seperti masalah perhubungan dengan rakan, isu percintaan, isu tiada keyakinan diri dan lebih fokus kepada motivasi diri seperti pengurusan masa dan pengurusan stress.
Apa yang membimbangkan saya adalah sifat kesedaran diri untuk berubah dalam kalangan pelajar masih rendah serta pemikiran atau tanggapan yang salah mengenai “kaunseling”. Ini adalah kekangan mengapa masih lagi pelajar yang tidak tahu betapa pentingnya perkhidmatan kaunseling. Salah Tanggap terhadap Kaunseling....
Tiga istilah yang sering dikelirukan ;
NASIHAT ~ Diberikan oleh sesiapa dan tidak kepada apa-apa kepakaran
BIMBINGAN ~ Diberikan oleh orang yang pakar dalam bidang tertentu
KAUNSELING ~ Diberikan oleh orang mempunyai ilmu dalam bidang kaunseling
Terdapat beberapa salah tanggapan masyarakat terhadap definisi atau pengertian KAUNSELING. Antaranya
-
Kaunseling adalah nasihat
-
Kaunseling hanya untuk orang bermasalah sahaja
-
Kaunseling adalah untuk pelajar IPT sahaja
-
Kaunseling adalah berbual-bual sahaja
-
Kaunseling boleh ‘mengubati’ semua masalah tingkah laku
-
Kaunseling untuk orang kaya sahaja
-
Kaunseling untuk pelajar sekolah sahaja
-
Klien di’psiko’ apabila jumpa kaunselor
-
Apabila dah tak dapat dikawal barulah jumpa kaunselor
-
Habis terbongkar semua rahsia
Terdapat beberapa ciri – ciri individu atau klien yang memerlukan perkhidmatan kaunseling atau berjumpa sahaja dengan kaunselor iaitu :
1. Celaru
2. Berfikiran negatif
3. Kurang maklumat
4. Tidak dapat berfungsi
Sekiranya anda adalah salah seorang individu yang mempunyai salah satu ciri – ciri seperti diatas, maka janganlah berlengah atau segan silu untuk datang berjumpa dengan kaunselor atau meluahkan apa yang bermain dalam fikiran agar anda boleh berfungsi dengan baik dan berkembang secara positif.
Sebagai contohnya, sekiranya anda perlu meningkatkan kemahiran yang dikenali sebagai ketegasan diri atau asertif. Disini saya akan menerangkan secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan ketegasan diri yang kebanyakan dalam kalangan remaja mahupun pelajar masih tidak mempunya sikap ketegasan diri lantas menghadapi masalah dalam peribadi mahupun dengan hubungan dengan orang disekeliling terutama dalam konteks penyesuaian di setting universiti/kolej.
KETEGASAN DIRI /ASERTIF
Ketegasan diri merujuk kepada mempunyai keyakinan di dalam diri, mempunyai sikap yang positif terhadap diri sendiri dan orang lain, ianya tentang bagaimana bertingkahlaku terhadap orang lain secara langsung dan dengan cara yang sopan. Demikian, dalam membina ketegasan diri dalam diri adalah mempunyai sikap yang positif tentang dirinya dan orang lain serta bertingkah laku terhadap orang lain secara terbuka. Ketegasan diri ini bukanlah tentang mendapatkan apa yang dimahukan atau menerima balasan orang lain tetapi selalunya tentang bukan mendapatkan apa yang dimahukan dalam beberapa hal dan dengan itu seseorang akan bertegas dengan dirinya sendiri dan orang lain juga akan bertegas dengannya.
Akhir sekali, saya amat berharap agar para pelajar yang mahumbantu diri agar berkembang supaya berjumpa saya. Melalui kaunseling keserabutan yang dihadapi akan dapat dirungkaikan sedikit demi sedikit. Dalam hal ini kaunselor memainkan peranan untuk membimbing individu melalui penerokaan masalah dan tindakan ke arah penyelesaian.Semoga anda mendapat maklumat dari apa yang telah dipaparkan.
Sekian, terima kasih.
Untuk bertemu dengan kaunselor anda sila hubungi :
Kaunselor Anda : Puan Nurul Khaizan Binti Zakaria
Kaunselor Berdaftar : KB02113
No Telefon : 03-55223463
Email : khaizan@unisel.edu.my
Sumber Rujukan:

