

HAL EHWAL PELAJAR
Menjadi sebuah jabatan yang menggalakkan pembangunan dan perkembangan pelajar melalui pendekatan yang inovatif dan inisiatif yang berpusatkan pelajar
Membangunkan pelajar yang berdedikasi dan kakitangan yang komited dalam bersama-sama memupuk persekitaran kampus yang saling menghormati maruah individu dan kepelbagaian serta menyediakan peluang kepada pelajar untuk merealisasikan potensi sosial, fizikal, intelektual, emosi dan spiritual





MALAM EKSPRESIASI SISWA 2013


Persatuan Pembangunan Insan (PPI) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Peers Guidance Club (PGC) dan Gabungan Pelajar Semenanjung Malaysia (GPMS) telah mengadakan Program Malam Ekspresiasi Siswi pada 12 November 2013 yang bertempat di Dewan Pro Canselor Universiti Selangor kampus Shah Alam.
Antara objektif utama pada malam tersebut adalah untuk menyemai nilai keislaman dalam kalangan wanita muslimah sejati sejajar dengan visi universiti yang mahu mendidik para profesional dan ilmuan mempunyai moral dan etika terpuji. Selain daripada itu juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim diantara kelab-kelab di Unisel dengan melibatkan ahli-ahli kelab untuk turun padang menjalankan Program Malam Ekspresiasi Siswi.
Diantara acara pada malam tersebut adalah Make up Tutorial daripada Farmasi Colour Cosmetic, Hijab Tutorial daripada Saudari Nurfarahin bt Abdul Aziz, pertunjukan gaya Mahasiswa yang terdiri daripada ahli jawatankuasa yang memperagakan pakaian-pakaian yang sebahagiannya ditaja oleh pihak tajaan dan pertandingan Gaya Muslimah yang memperagakan pakaian mereka masing-masing pada malam tersebut.
Acara diteruskan lagi dengan sesi Santai bersama para panel iaitu Farah Asyikin, Siti Nordiana
dan Nor Adibah (dai’e) yang membincangkan topik “Upgrade to High Class Women” dan kemudian diikuti dengan tayangan video mengenai “Ciri-ciri Wanita Idaman Seseorang Lelaki” dan tayangan video khas oleh Fatimah Syarha.
Sebelum berakhirnya Malam Ekspresiasi Siswi pengumuman untuk Anugerah Balqis dan Gadis Stailista telah diumumkan. Ciri-ciri pemilihan adalah berdasarkan Siswi yang agak menyerlah dan memakai pakaian yang memenangi hati juri pada malam tersebut. Dengan berakhir pengumuman tersebut maka berakhir acara pada malam tersebut.














